Another Templates


ShoutMix chat widget

Wednesday, January 20, 2010

Surat Terbuka untuk Bakal Isteri yg Belum Ada

sayang,


nanti anak kita 3 orang saja boleh? mana ada duit nak beli kain lampin banyak-banyak. kalau saya jadi perdana menteri, boleh lah bela anak ramai-ramai.

ke awak nak jadi menteri pembangunan wanita? janganlah. sebab menteri pembangunan wanita di Malaysia ini tak pernah nya bila tengok muka tak rasa nak lempang.

kalau tidak ditentang oleh mentua, anak kita saya mahu bubuh nama melayu yang ekstrim. biarlah dia terkapai-kapai di celah nama-nama zaman sekarang yang semakin canggih.

baik, itu jumlah anak. ini, benda kalau anak itu dah keluar.

awak jangan mengada mahu letak anak kita dalam apa-apa rancangan televisyen kanak-kanak yang dalamnya ada menari-nari, menyanyi, tepuk-tepuk. contoh terbaik zaman sekarang, Tom Tom Bak. atau apa juga nama yang diberi. kecil-kecil lagi sudah diajar menari-nari itu bagus. berjoget-joget itu popular dan mendapat tepukan. budak-budak pergi main polis sentri sudah.

kalau anak kita nak sangat menari, nanti kita buat bilik air besar sikit. buatlah apa hendak dalam tu.

kalau anak kita dah besar sikit, jangan mengada nak biar dia masuk apa-apa jenis rancangan realiti televisyen yang disuruh menyanyi atau menari, orang atas dia yang kaya pungut duit SMS undian. diperguna. kalau anak kita rasa suara dia sudah sedap sangat, buatlah kerja apa-apa pun selain artis. tidak sekali-kali. pergi jadi bilal masjid! haha.

jangan masuk Biggest Loser Asia juga, walaupun tiada undian SMS. kalau boleh jangan.

bila kita dah tua, awak jangan mengada nak ajak saya pergi apa-apa jenis program televisyen yang ada makcik-makcik, pakcik-pakcik menari pegang tangan artis muda atas pentas. contoh terbaik, Macam-macam Aznil. lantak awaklah nak kata saya suami tua yang tak cool atau apa. saya cuma tak mahu anak kita malu dengan kawan-kawan dia. orang tua sudah dekat mahu mati. tak reti lagi mahu pergi masjid?


sekian, lelaki optimistik.

3 cacian:

mak cik said...

weyh, mu kecek molek ckit.. bagi fakta arrrrrr..

muzir said...

jom kawen mak cik

prof said...

haha.. kalo makcik kawen ngan 2 laki aci x?? ak nk gak kot... wakkakkaka... AK n MUNZIR? wakaakkakaka

Sam vocabular

written~
10 may- physiology
19 may- english
24 may- histology
07 june- anatomy
17 june- biochemistry

Tequilas Flamejantes

VOTE NI ATAS KEIKHLASAN HATI.. JGN IKOT ORG.. JGN MENIPU.. BAK KATE USTZ SALMAN, AP YG KTE NK X DPT, DOSE PN DPT..

Lorem Ipsum

credit to syame 4 the nice header!

Popular Posts

 
Powered by Blogger