Another Templates


ShoutMix chat widget

Thursday, February 18, 2010

Part 3

Suatu malam yang purnama, bulan memelita malam yang gelita, angin pula bersiul-siul mengurut belikat hostel Pushkin yang berdiri lenguh di angkasa gelap. Pada malam itu, hanya salakan anjing yang berirama, nyanyian cengkerik yang melunak, dan kercipan cicak yang membingkis kesunyian. Biarpun gelita, namun terpelita di hostel Pushkin tingkat 14 dengan riuh-rendah dan bising-miring para penduduk Malaysia, tidak lain dan tidak bukan oleh kerana sambutan yang sulung kali dibuat, iaitu majlis Student-Mas. Hall 14th floor dibanjiri oleh ramai rakyat Malaysia yang suka meniru dalam exam, tidak kira dari Sabah mahupun Johor, Cina mahupun kacukan India ngan Siam, hemsem mahupun tidak, semuanya meniru, dan semuanya datang untuk memeriahkan lagi majlis. Bak kata pepatah, “bersatu teguh bercerai roboh” dan juga bagai “lalat dengan najis“.

Tommy sejak seminggu yang lalu tertunggu2 akan majlis ini, makannya tidak pernah kenyang, tidurnya tidak pernah nyenyak, dan juga buang airnya tidak pernah lawas dan dipam! Apa yang menyebabkan Tommy excited bukanlah kerana perhimpunan kawan2 Malaysia dari seluruh pelusuk Moscow, tapi kerana pengerusi majlis pada hari itu adalah Veve, gadis misteri ikan salmon, dan jugak Zack, kawan Tommy. Tommy mengenakan kemeja kelabu, dan jeans skinny hitam, zip seluarnya masih terlupa ditarik tutup. Zack pula tidak kalah smartnya dengan t-shirt long sleeve biru berceloreng pink, dan jugak sluar slack blue-black. Mereka berdua sembahyang Maghrib berjemaah dan terus bergegas ke 14th floor untuk menjadi mereka yang terawal ke majlis.

Setibanya mereka di 14th hall, kelihatan sudah ramai orang membanjiri majlis tersebut. Di lautan orang itu, pandangan mata Tommy lurus melalui celah2 ketiak dan juga rambut para hadirin mendarat keatas satu figura yang cukup cantik sekali. Veve… sangat indah dan menawan sekali pada malam itu, berdirinya beliau yang comel di tengah2 orang ramai ibarat ‘permata ditengah2 pasir‘, ‘lauk ditengah2 char-kuey teow goreng‘ dan juga ‘udang di sebalik mee maggi perisa itik dan cendawan‘. Kali ini, Veve mengenakan kemeja berbelang2 warne oren udang galah, berkasut berwarne merah sesungut udang galah, dan berseluar jeans berwarne putih telur udang galah yang berlendir busuk. Kombinasi warna yang disusun oleh gaya pemakaian Veve sekaligus menjerat Tommy jatuh ke dalam lembah ‘gila bayang’ yang tidak mungkin dapat didaki naik kembali.

Veve dan Tommy mula mengambil majlis, satu demi satu agenda berjalan dengan begitu lancar sekali, Veve begitu kondifen dan yakin bercakap serta berjenaka, manakala Tommy yang memang naturenye agak kurang selesa dengan perempuan kelihatan gelabah dan sering tergagap2 dalam menyampaikan kata2. Mereka berdua kelihatan begitu secocok bagai ‘telur rebus dibelah dua‘ dan juga bagai ‘hotdog dipotong menegak” dan juga bagai ‘fish fillet dicincang lumat‘! Semua para audience tersengih melihat gelagat dua orang tersebut. Walaupun rasa iri hati turut terhinggap di dada Tommy, namun beliau masih lagi tersenyum kerana selepas ini, beliau bukan sahaja akan makan mee goreng 3 pinggan, malah beliau juga akan turut mengambil langkah pertama untuk memenangi hati serta buah pinggang Veve.

Majlis diselangi dengan sesi makan makanan free sampai kenyang menyandar, para hadirin sekalian bersungguh2 berebut2 untuk mendapatkan mee goreng dan char-kuey-teow. Namun Tommy pula hanya tenang berdiri, makanan tidak penting bagi beliau, hati beliau kini hangus dijilat api ‘cinta’ yang membara, perasaan beliau kini larut didalam air ‘keinginan’ yang sedang bergelora, pokok minda beliau pula ditumbuhi lumut2 ‘kasih’ yang menjalar, manakan dapat nafsu makan membelok pedang perasaan sebegini? Jadi Tommy minum dulu, lepastue baru beliau makan, beliau makan secara ganas dan bengis.

Setelah selesai menibai 3 pinggan mee goreng dan 4 ketul ayam goreng, Tommy memulakan langkah. Beliau mengambil aiskrim di meja jamuan dan kemudian secara perlahan mendekati Veve, yang ketika itu sedang menyeludup ayam goreng jamuan ke dalam tupperware bersama rakan2 beliau. 3 langkah lagi kearah Veve, seorang rakan Veve, iaitu juga rakan sekelas Tommy bernama ‘Alfie’ datang menyakat Tommy. Beliau berdiri di depan Tommy, dan tersenyum. Terdapat tulang ikan dan juga cili di gigi beliau, lalu beliau memulakan jenaka beliau dengan Tommy.

Alfie : Hold it right there, hmm.. apsal saudara mendekati kelompok jenayah kami?

Tommy : Takde, aa..a…aku datang nak bagi eskrim jer kat kawan ko, sibok r ko Fie,

Alfie : Oooo, bila mase plak ko jadi pizza guy nie, hehe (memandang kearah Veve)

Veve : (tersenyum)

Tommy : Errkk.. Veve, eskrim untuk awak. (dgn malu-malu)

Veve : Erm.. sape yang bagi nie.. (dgn malu-malu-malu)

Tommy : Takde, saya tengok awak x sentuh lagi eskrim nie, sibuk tapau makanan, so saye ‘chop’ satu untuk awak..

Veve : Ooo, awak nak bagi eskrim la nie.. (dgn malu-malu-malu-malu)

Tommy : well.. erm.. so it seems.. (dgn malu-malu-malu-malu-malu)

Alfie : OK2, udah2 latu pizza guy, okeh Veve bayar cepat..

Veve : Tenkiu! (mengenyit mata sebelah kiri)

Tommy : Its an honor (mengecilkan lubang hidung sebelah kiri)

Sungguh romantik, seluruh hall tingkat 14 bls terpegun dan pandangan mereka tertumpu kearah dua ekor love-bird tadi. Mereka semua telah menyaksikan satu pembuktian cinta yang begitu romantik dan cengkerik, satu pengakuan yang cukup berani dan nasi beriani, satu lamaran yang cukup ikhlas dan air 100 plus. Semua para hadirin tersenyum dan buat2 kecoh balik seolah2 tiada apa yang berlaku di tengah hall tadi. Namun di penjuru barat-daya hall tersebut, terdapat satu mamalia yang tidak suka dengan keadaan sebegitu rupa, hati beliau berbeza dengan penghuni2 majlis tersebut.

Beliau semestinya adalah Q. Gadis laptop rosak. Semasa love-scene tadi berlaku, beliau turut memerhati dengan menggunakan teknik ‘berpura2 makan sambil berbual tapi sebenarnye menjeling kearah tengah dewan secara rahsia dan bergaya’. Dengan teknik tersebut, beliau turut menjadi saksi bagi kemalangan tadi, kemalangan bagi pihak beliau. Paru2 beliau mengeluh nafas iri hati sebagaimana bunyi ekzos motor suzuki, dahi beliau berkerut bagai permukaan kulit potato yang disimpan sebulan dalam almari, gaya bibir beliau pula membengkok bagai cacing pita yang krem tulang belakang lepas main polis-sentri, kening beliau mula tajam menurun ke tengah hidung bagai Son Goku yang sedang mengerang ketika menjadi super saiya peringkat ke-4.

Majlis diteruskan lagi setelah semua hadirin menyandar, Veve dan Tommy mengambil semula majlis dan membawa perjalanan majlis tersebut secara selamat dan lancar. Jam menuding jari ke arah nombor 11. Majlis hampir tamat, Veve menggulung majlis tersebut dengan sebuah syair bertajuk ‘tupperware jenayah’, disusuli dengan syair Tommy yang bertajuk ‘hostel jahanam’. Selesai lirikan terakhir Tommy, lampu seluruh hall ditutup dan semua hadirin bertepuk tangan dengan gemuruh.

Bulan berdiri tegak di langit, sebelum bersurai, Tommy terlihat Veve yang sebelum beredar, berbisik2 dengan Zack sambil memandang ke arah Tommy. Tommy tersenyum dan mula mengacau2 Zack. Zack juga turut tersenyum. Kemudian mereka berdua pulang bersama2 ketingkat tujuh.

Malam itu, secara kebetulan roomate Tommy dah tertidur di bilik lain, dan Zack pula ingin menyampaikan message rahsia kepada Tommy yang dibisikkan oleh Veve tadi, jadi Tommy mengajak untuk tidur di biliknya supaya mereka dapat jiwang bersama2. Pukul 12, selesai solat Isyak berjemaah, mereka terus membaluti diri dengan selimut. Zack berpeluh, dan bersedia untuk menyampaikan message tersebut.

Zack : Tommy, ko dah redi ker? Aku nervous rrr..

Tommy : Ko plak nervous, aku lagilaa nervous, tapi happy pun ader gak, cepat rr bagitau..

Zack : hehe..

Tommy : Hihihihihihhihihihi ( tengah menendang2 dalam selimut, perasan sorang2 )

Zack : Veve surah aku bagitau tadi, hihihi..

Tommy : Dia suruh bagitau ape, hihihihihihihihihi ( suara dalam selimut )

Zack : Dia suruh aku bagitau kau yang kteorang dah jadi couple!!

Tommy : ……………………… what?

What the? Holy cr.. What happen? Mengapa Zack berkata sedemikian? Apakah itu benar, atau adakah itu sekadar April Fool Zack yang dimainkan ke atas Tommy? Benarkah Zack dan Veve dah lama bercouple? Apakah? Bagaimanakah? Betulkah? Tidak mungkin? Tidaaakkkkk!!!

bersambung…

0 cacian:

Sam vocabular

written~
10 may- physiology
19 may- english
24 may- histology
07 june- anatomy
17 june- biochemistry

Tequilas Flamejantes

VOTE NI ATAS KEIKHLASAN HATI.. JGN IKOT ORG.. JGN MENIPU.. BAK KATE USTZ SALMAN, AP YG KTE NK X DPT, DOSE PN DPT..

Lorem Ipsum

credit to syame 4 the nice header!

Popular Posts

 
Powered by Blogger