Another Templates


ShoutMix chat widget

Sunday, February 14, 2010

Part 2


    Pada suatu petang yang hening beratapkan cahaya mentari yang benderang, berbelaikan tiupan angin sempoi-sempoi bahasa timurleste, dan bermandikan gerimis salju manja di hujung umur winter.. Moscow diluar tingkap bilik Tommy bagaikan syurga yang tergelincir di bumi hina, umpama bidadari yang tersalah masuk kelab malam dan juga ibarat permata yang jatuh kedalam jamban yang terlupa di pam. Sangat indah sekali, tiada tandingannya. Tommy menutupkan mata, menghirup udara segar sedalam-dalamnya, sehinggakan ruang2 sinus peparu beliau dipenuhi dengan udara. Kepala Tommy terdongak, matanya tajam tertumpu ke atas petala langit yang dipenuhi dengan merpati2 putih yang bebas bermain polis sentry di udara luas tidak bertebing..

    “Alangkah baiknya, kalau aku seperti burung tersebut.. Bebas, berani, dan tidak terkurung di dalam sangkar sebagaimana aku sekarang… Merpati putih, aku mengkagumi dan cemburu terhadap kamu…” Plepek!! Tiba-tiba, burung merpati tadi berak tepat ke atas dahi Tommy! Tommy tension, mengeluh kerana jiwang beliau dipotong stim oleh burung yang dianggap innocent tadi.. Tiba2, cakdebok! Angin bertiup kencang lalu tingkap tertutup dan menempeleng kepala Tommy sehingga beliau jatuh terpelanting 2 meter dari tempat kejadian. Tommy sakit terbaring, pening2 lalat, dalam kabur pandangan beliau, terlukis bayangan seorang lelaki yang memandang kebawah sambil tersenyum melihat beliau. Lubang hidung lelaki tersebut besar jika dilihat dari bawah, lelaki tersebut bernama Jack, seorang rakan sekelas Tommy.

    Jack menghulurkan tangan, menolong Tommy bangun. Tommy duduk di atas katil, ditemani Jack yang duduk gaya tahiyat akhir ditepi beliau. Walaupun senyuman terukir di wajah Jack, namun Tommy tahu yang terpahat di hati Jack bukanlah seindah yang dilihat di muka Jack. Tommy tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Jack, mungkin dia cirit-birit, mungkin juga girlfren dia yang cirit-birit. Lalu Tommy membuka kata…

    Tommy : Kenapa pelik kau nie Jack? Hard disk kau dah penuh ke?

    Jack : Eish, takdelaa, aku camnie sebab aku demam sket…

    Tommy : Oooo, aku ingatkan antivirus kau dah expired tadi… demam jer rupenye..

    Jack : Demam tue memanglaa cikai jer, tapi petang nie aku nak main bola…

    Tommy : alaa… demam jer pun, ko tukar laa difficulty jadik amateur..

    Jack : Bukan main game laa, match futsal yang betul2.. aku kan striker.. Si Zint tue plak demam gak.. takder orang yang nak ganti tempat aku jadik striker nih.. aku pun tatau camner nak selesai nie.. problem tul..

    Tommy : Eish, ko dah try search kat Google ker?

    Jack : ………, Oklaa, aku straight to the point. Sebenarnye, aku nak ajak ko g main bola skali ngan team kite.. Aku tgk ko, asyik dok depan pc jerr.. Kalo x depan pc, ko duduk tepi dia, kalo x duduk, ko berdiri plak.. Takkanlaa ko nak life ko camtue jer? Keluarlaa sket, tengok bumi sket.. Alaaa.. ko jangan takut tak pandai main, dalam dunia nie, takder orang yang dijadikan x seswai untuk main bola.. kecuali orang cacat ngan Elephantiasis.. Got it? Jom rr main bola Tommy..

    Setelah mendengar keluhan nasihat berhemah, mesra, cepat dan betul Jack, Tommy tiba-tiba tersentuh hati dan jugak limpanya.. Tommy insaf nasuha, dan di fikirannya berpusing benang monolog “Tommy, kau dah banyak main game, ko tengok hero2 game yang ko main, Tidus, Solid Snake, Samanosuke, Ratchet, semua dah berjaya ngan mission diorang… Bila pula giliran engkau untuk mencapai kemuncak kejayaan dan duduk bersama hero2 tersebut?” Bibir Tommy mula melebar membentuk senyuman, beliau memandang ke arah Jack, dan terus berjabat tangan dengan Jack.. Jack tersenyum juga, terdapat cili kering yang terlekat di gigi beliau. Lalu dua orang sahabat sejati itu bersolat Asar berjemaah dan bersiap sedia untuk ke dewan Futsal yang terletak di sebelah bangunan yang bersebelahan dengan dewan tersebut.

    Di dalam bas, team Jack yang diberi nama ‘Merco-Aibo” mula menerangkan strategi2 perlawanan kepada Tommy. Pelbagai teknik diajar seperti teknik one-two, teknik tali kasut berbisa, teknik tapak kasut mencium bibir, teknik bola pancit, dan teknik mengalih tiang gol. Disebabkan Tommy merupakan pemain Winning Eleven dan FIFA 2009 yang expert, segala formation, body language, dan jugak dribble style yang diajar oleh kawan2 dapat dikutip Tommy dengan efektif sekali, umpama kanak2 mengutip gula2 dalam pertandingan berebut gula2 hari keluarga tajaan JKR.

    Setibanya Merco-Aibo di dewan futsal, Tommy dapat melihat ramai kakak2 senior yang jauh lebih lawa daripada Q, manakala abang2 senior pula, tidak sehensem yang disangka Tommy. Beliau tersenyum kesorangan, mula merasakan keuntungan yang mula melimpah membasahi badannye yang penuh malang itu. Tommy x main, beliau hanya duduk di kerusi substitute, namun pabila rakan2 beliau mula masuk padang dengan gaya slow-mo, Tommy tahu tugas beliau sebagai penyokong dan juga pemain simpanan yang perlu memberi belaian motivasi kepada rakan2, beliau terus melaungkan dengan begitu bersemangat “Guyss!!!! I nak pergi tandas jap, you jaga wallet I k?” Lalu Tommy ke tandas kerana beliau telah lama menahan sakit perut.

    Tommy kembali dari tandas, pertarungan antara Merco-Aibo dan Serius sudah pun sengit, kedudukan seri 1 sama, kedua2 pasukan kelihatan setara, bola tidak pernah statik di lantai, zip seluar Tommy terbukak lagi, penonton2 pula cemas memerhatikan perlawanan, abang penjual hotdog pula tidak khusyuk menjual, begitu juga dengan penjual sirap. Masa masih tinggal lagi 1 minit sebelum perlawanan tamat.. rakan2 Tommy kesemuanya keletihan, mereka mengintai2 kerusi substitute, dan Tommy sedar bahawa kemenangan hanyalah akan berlaku dengan kehadiran beliau. Tanpa membuang masa lagi, kusutan tali kasut Tommy dilerai dan disimpul ketat! Kedutan stokin Tommy ditarik lampai ke paras betis! longlai dakapan shin-guard Tommy dicangkuk erat pada kakinya! Tommy bersedia! Peluh yang mengalir tenang di denai pipinya disapu dengan kondifen! Rambut yang menari2 di pentas dahinya dihalakan menawan kearah belakang kepala! Langkah kanan Tommy mula terangkat!!

    Pritt!! masa tamat. Seri 1-1. … Tommy terdiam. Rakan2 Tommy lega dan datang memeluk beliau atas kejayaan mereka untuk bertahan menentang Serius, team 4th year yang sangat digeruni kerana pemainnya yang bukan saja hebat, malah hodoh. Akhirnya, berkat kehadiran Tommy yang datang menyokong, segala musabab kemenangan Merco-Aibo dijatuhkan tuduhan ke atas Tommy. Tommy berasa bangga, pertama kali dalam hidupnya beliau rasa begitu dihargai. Kawan2 Tommy mengelilingi beliau, lalu mengangkat beliau dan membaling2 beliau di udara. Seluruh warga dewan bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada Tommy. Tommy ketawa terbahak2 dan terpercik2 air liurnya. Dari jauh sudut dewan, kelihatan seorang wanita, yang memandang Tommy dengan penuh kagum, wanita tersebut turut tersenyum melihat Tommy begitu gembira pada hari itu.

    Di stesen bas, menunggu bas untuk balik ke hostel, Tommy dan rakan2 mengumpat mesra tentang lecturer2 anatomy masing2. Tiba-tiba datang seorang perempuan memakai trench coat merah darah ikan salmon, berkasut hitam mata ikan salmon, dan berseluar jeans biru tahi ikan salmon menegur Tommy.“Tommy…” Tommy berpaling ke belakang, rakan2 Tommy pula yang mempunyai kebolehan memahami tanpa bercakap menjauhi Tommy dan perempuan tersebut,

    Gadis Misteri Ikan Salmon : Hi Tommy, awak main bola jugak ke tadi?

    Tommy : Erk..takdelah, saya datang tengok diorang main jer.. hehe..

    Gadis Misteri Ikan Salmon : Ooo..

    Tommy : Awak buat aper Veve kat sini? Awak main futsal jugak ker? hehe..

    Veve? Siapakah Veve? Adakah lecturer anat Tommy? Adakah adik kepada Q? Atau adakah seorang pemain dota hard-core? Huhu, so begitulah kehidupan Tommy yang agak hampeh.. namun adakah kita bakal melihat happy ending di ending cerita ini nanti? Atau adakah kebahagiaan memang bukan milik Tommy?

    Moral :

    • Kepada Geek sekalian, Get out there, cari rezeki Allah ( bukan pompuan yer ).. sedarlah bahawa dunia bukan di hujung jari.. banyak lagi benda yang korang patut tahu selain aper yang ada dalam pc korang.
    • Kawan sejati adalah kawan yang mengajak korang ke arah kebaikan, kawan yang menerima korang walaupun korang tue geek/nerd/playboy…
    • Jodoh di tangan tuhan, HAHA!!

0 cacian:

Sam vocabular

written~
10 may- physiology
19 may- english
24 may- histology
07 june- anatomy
17 june- biochemistry

Tequilas Flamejantes

VOTE NI ATAS KEIKHLASAN HATI.. JGN IKOT ORG.. JGN MENIPU.. BAK KATE USTZ SALMAN, AP YG KTE NK X DPT, DOSE PN DPT..

Lorem Ipsum

credit to syame 4 the nice header!

Popular Posts

 
Powered by Blogger