Another Templates


ShoutMix chat widget

Friday, February 26, 2010

spot2 last minute

greater splanchnic nerve,penyakit2 dlm blood,anaemia,polycythamia,factors affecting iron absorption,clotting factor....

xkuar sori lah

sumber dari senior..soalan yg biasa kluar

Thursday, February 25, 2010

khamis,25 Februari 2010,

Tanta,Gharbiyah dilanda
H.U.J.A.N
seronok!!weeeee
almaklumlah
xselalu jumpe hujan.
rahmat3!!
tetapi,jgn main hujan.
hujan asid lah.
kan3!!

Wednesday, February 24, 2010

Physio ver 6.66 Ai

SOalan mid year physio kn tgk dekat buku PART 1 tuk tgk format dia..

ad mcq,true false ngn short answer.

2hari cuti sebelum physio..lepas tu?

ni nk survey nih..
sape yg nk join extra class..
kte sme2 blaja2 physio..
ad MENTOR tu
datang jauh nun dari AINSYAM..
dapat mumtaz tuh
so nk tnye la..
nk blaja tajuk ap ye??
any suggestion?
sape2 nak join
bg nama kt comment ye?
boleh x ni??

TERBUKA UNTUK AKHAWAT N JGE IKHWAH

NI UNTUK LEPAS MID YEAR!
TIADA KAITAN DENGAN MID YEAR

Tuesday, February 23, 2010

biochem spotted

spot quest>>.-Definition and types of fatty acids
-types and definition of rancidity,how to protect fat from rancidity
-structure of linoleic and linolenic
-Differences between wax and fats
-importance of carbohydrates
-structure of lipid
-mutarotation
-sulphur containing amino acids
: table on page 122
-clinical significance 2,3 DPG
-mutant haemoglobin*methemoglobin(HbM),thalassaemia




OHH yeahhh GOOD LUCK hahahahahaha chuppppp spotted q's ni unsure ok hahah

Monday, February 22, 2010

biocehm

pastyear.. mls nk ckp byk.. ngantok

SET 1 (TAHUN BAPE AK X TAW)
I a. gv 1 example for buffer system n explain its buffering action
  b. write def of units that depends on
i)molecular weight
ii)equivalent weight


II- classification wt example pentoses and hexoses(chemical structure not required) then write wt formulae on the following.
a) conversion glucose into gluconic acid
b)formation of glucosazone
c)structure of the end product of hydrolisis of
i)cellulose ii)lactose iii)dextrin

III)write short notes on:
a)types n function of bile salts
b)def n type of essential fatty acid
c)rancidity

IV) Discuss of following:
a) structure of glutathione
b)comparison between dna n rna
c)level of proteins structure
d)KERTAS AK BLUR.. POTOSTAT X NAMPAK(SAPE NAMPAK TLG R TMBAH)

SET 2 (2001)

1) Write on the following:
a)def of PH wt one example for buffer solution
b)mention the unites related to
-mol weight
-equivalent weight
c)geomtrical isomerism

2)Classify carbohdrate wt examples (chhemical structure not required) and write the structure of mucopolysaccharides containing hexosamine.

3)Write on the following :-
a)structure of 2 essential fatty acid
b)formation of bile salt from cholic acid
c)rancidity

4) Write the formula of 3 essential amino acids
b)give an account on immunoglobulins

SET 3 (x taw tahun bape) (yg x masok x yah tgk x pe kot... yg book 2)

1) Write on the following :-
a)structure of starch
b)chemical structure of the end product of hydrolysis of 
-sucrose
-cellulose

2)Discuss hemoglobin is an allosteric protein

3)Gv full account on common features of biological membrane

4)Write in :-
a)def and importance of enzyme
b)competitive inhibitors
c)covalent modification

5)Write on the following :-
A) conversion of lysine into 5-hydroxy lysine
b)disaccharide unit of collagen molecule
c)cdistibution of cations and anions in extracellular fluid . discuss the balance these components.
d)factoes affecting calcium level ... soklan x abes.. soklan blurr

SET 4 (last set) 2002

1) write on the following
a)precipitation of colloids
b)Si unit with one example
c)Ml Equivalent with one example

2)Write the structural formula of the following
a)Non sulphated mucopolysaccharides
b)Sucrose
c)L-fucose

3)Write on the following with formulae :-
a)Phospolipid containing glycerol
b)types and structure of bile salts
c)strucute of essential fatty acid contain 18 carbon atoms

4)Write the structure of the following
A)five essential amino acids
b)structure and importance of dna
c)structure of adenosine triphospate (ATP)


*ADA BAB YG BUKAN BUKU 2 TU... IGNORE JEK R KOT.. NIE CONTOH SOKLAN TAHUN LEPAS JEK KALO NK TAHUN CAMNE BENTUK SOKLAN.. KLUAR KE X, X TAW... X KLUAR JGN BYK KOMENNN!!!! KALO TGK , STIAP 1 BAB AD 1 SOKLAN, 1 SOKLAN GENERAL, 1 SOKLAN LIPID , CARBOHYDRATES N PROTEIN.. G2 R KOT BENTOK SOKLAN ESOKKK ... WALLAHUALAM
http://tantagroupd.blogspot.com/2010/01/biochemmm-r-lakkk.html nie link yg dlu....jempot2 r tgk

Saturday, February 20, 2010

histo...

slm... aa.. sape taw post2 cnieee.. :D
yg ak taw snior kate buat buku kuning, smua kluar dr c2... sape ad info len meh2 r paste kat cnie... btol ke x kte tgk r hr isnin nie.... wakakakkaka

Friday, February 19, 2010

oit.. contoh soklan midtermmmm... tgk2... importang

2009 midyear term .. contoh soklan

question 1 (4 marks)
a)what is defi of 
i)circumduction
ii)prime mover
iii)flat bone
iv) pivot join

b)write on fibrous joint (5 marks)

2) a)enumerate branches of typical intercostal nerve (4 marks)

b)what r the impression on mediastinal surface of left lung (5marks)

c)describe the internal features of right atrium (3marks)

3) a)mention the attachment n deep relation of inguinal ligament
   b)what r the part (divison) of the pancrease, enumerate the blood vessel related  each part
  c)draw and labelled diagram for for a sagital section on the kidney

4) a)here does normal fertilization occur, enumerate the abrnormal sites of impantaion
    b)write short notes of gastrulation

nie contoh soklan tahun lepas... tp markah yg atas jek bayc igt.. yg bwh 2 x taw... lbh krg g2 r midterm kte...
pas2 markah die dlm 40 marks kot... gd Lukkk

:((~~:)) :D :):-/:-o>:):-)(:|:):(;):d;):-*:-p:-s:-sb-):->x-(:((:)):|:|:):-):-p:-s:-?:p:)x(

Thursday, February 18, 2010

ayuh bersemangat!!

situasi;di dalam lif gameah.kelihatan padat.

bak kate munzir; kene rebut lif masa exam week nnt
kalo x merana lah naik tangga 6 tingkat.

exam lagi beberapa hari
semua jawapan di hujung jari
hanya tinggal soalan menanti
harap digunakan ilmu diberi
weeeeee

utk semua ahli Group D
bitaufiq wan najah
apa2 pon,bertawakal
selepas berusaha!
Aja2 fighting~

Part 4 (final)

Rite, pada suatu malam yang syahdu, bandar Moscow sepi daripada mandian salji winter, berpeluh kelibat tiadanya dingin musim winter, segala elemen2 semulajadi mula tunduk kepada ketentuan Ilahi, patuh menyusun diri mereka untuk mempersembahkan musim bunga pula kepada makhluk2Nya yang sedang bersyukur di dunia yang menjadi sumber kehidupan mereka. Pun hangat Spring mula menjelma, namun terdapat satu kedinginan yang tak mungkin lebur dengan cuaca, tak mungkin kering dengan haba, tak pula cair dengan panas. Itulah kedinginan yang bersarang di hati Tommy, hati yang sebak, sakit, sedih, pilu, jiwang, dan bawang oleh kerana kehilangan seseorang yang begitu berharga buat dirinya.

Hati Tommy terluka, begitu juga dengan muka Zack. Selepas insiden malam tersebut, beliau ditumbuk bertubi2 oleh Tommy dan dibiarkan tidur diluar bilik dengan hanya memakai boxer. Namun 1 jam selepas itu, hubungan mereka menjadi baik semula setelah Tommy menyambung pembelasahan tersebut dengan kaki pula. Zack dikejarkan ke hospital berdekatan, namun beliau pengsan di dalam ambulans kerana hospital berdekatan tersebut terletak agak jauh dari hostel. Tapi apa yang penting, mereka berdua tetap menjadi teman tapi mesra.

Namun begitu, akan tetapi dan juga walaubagaimanapun, pada suatu hari, pintu bilik Tommy diketuk dengan ketukan yang begitu misteri sekali. Tommy ketar, takut, siapakah gerangan yang berada di sebalik pintu tersebut. Beliau mendekati pintu tersebut sambil mengorek hidung sebelah kanan. Belum sempat beliau mengorek lubang hidung sebelah kiri, pintu tersebut dibuka secara tiba-tiba oleh seorang makhluk hawa yang benar-benar Tommy kenal, benar-benar pernah meninggalkan makna dalam hidup Tommy. Beliau yang berdiri disebalik pintu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Veve….

Ketika pintu terbuka secara slow-motion, seakan-akan ada music background “you’re one in a million” beergema pada ketika itu, rambut Veve menggerbang ditiup angin seakan2 ada kipas angin sebelah pintu, daun2 luruh di laman hostel juga turut terbang ditiup angin sehingga melayang ke depan bilik Tommy, dan yang paling pelik ialah Veve sendiri mengelipkan mata beliau secara slow-motion seolah2 beliau tahu scene ketika itu sedang beraksi dalam slow-motion. Tommy ketika itu gementar dan terpinga-pinga seperti lelaki dalam iklan pencuci muka Ponds. Namun setelah tersingkap semula sejarah lalu, segala kecantikan duniawi yang membutakan mata Tommy pudar membeliakkan beliau. Beliau jual mahal sebagaimana mahalnya nasik lemak yang dijual oleh budak2 private di hostel beliau. Lalu dialog pendek berkesima diantara pertemuan mereka berdua.

Veve : Salam ‘awak’, boleh pinjam peti tak, tolong letak air nie dalam freezer ‘awak’ sebab esok kteorg nak jual ice-blended…

Tommy : erm… ( dengan dingin, mata Tommy ketika ini sepet sedikit )

Begitu dingin sekali dialog mereka, seolah-olah orang eskimo sedang mengajar beruang kutub mengaji. Begitu panas membara sekali dendam diantara mereka berdua, seolah-olah beruang kutub tadi mengamuk kerana tidak dapat dengun dengan betul ketika mengaji. Tommy mengambil dua tupperware berisi air yang dihulurkan oleh Veve. Veve tersenyum, mungkin kerana beliau menganggap Tommy sudahpun cool daripada kemarahan beliau. Tommy juga turut tersenyum, kerana beliau berjaya melekatkan tahi hidung yang dikorek oleh tangan kanan beliau tadi ke tangan Veve tanpa diketahui Veve. Lalu ucapan ‘bye’ menjadi bacaan penutup majlis pertemuan mereka.

Keesokan harinya, pada waktu petang yang sunyi. Tommy sedang bermain dota dengan begitu khusyuk sekali. Rakaat mid-game bermain, tiba2 ada pula yang mengetuk pintu bilik Tommy. Tommy yang dipotong stim bergegas untuk menyambut tetamu misteri yang memotong stim beliau tersebut. Pintu dibuka secara fast-motion, namun tiada sesiapa yang wujud dalam pandangan mata Tommy. Lalu Tommy menghempas pintu dengan cepat dan terus bergegas kembali ke komputer beliau. Tiba-tiba kedengaran secara sayup-sayup satu jeritan yang menusuk masuk ke gegendang telinga Tommy, juga menikam kalbu Tommy…

Veve : Tommy!!!….

Veve : Listen to me….. what was told is a lie!! (time nie xde music background, tapi agak serious r)

Veve : The reason why I told Zack, to tell you something like that.. is because… I don’t think its right for us to have a relationship right now… (slang british)

Veve : Its not because I didn’t have the same feeling like you do.. I do!!.. but because of that feeling, I don’t want you to be involve in something like ‘liking’ or ‘loving’ somebody.. me.. or anyone else.. Don’t you think its the wrong time, and its wrong itself to bring our relationship to the next level when we could stay at the happiest as friend like this…

Veve : I don’t know…. but it just sounded wrong to me to start having a relationship rite now. Haven’t you heard the hadith, the prophet says…………………………….. ceewah style tak? Mane ade aku hafal hadith, huhu, lucu tak? LUCU!!!!!!!!!!!!!!!!

Lalu Veve ditempeleng oleh mama yang menjaga floor tersebut kerana menyalak bak orang sakit mental di koridor. Di dalam bilik, Tommy tersenyum setelah mendengar segala penjelasan Veve yang begitu jelas lagi menjelaskan kepada beliau. Beliau memandang ke atas, melihat lampu siling beliau, lalu menyapu muka beliau seolah-olah mengaminkan doa. Lalu beliau menyebut “Ya Allah, hihihihihihii…” Lalu beliau bergegas ke peti sejuk beliau lalu mengambil tupperware yang berisi ais dan terus keluar.

Tommy : Mama!! Nye padkhaditie k nei!! ( translation : Mama, stay away from her! )

Tommy : Wei, apsal sorok tepi pintu, aku igt dah tkde orang tadi, nah nie ko punye ais, cepat amik, aku nak main dota plak!

Lalu mereka berdua saling berpandangan, sambil tersenyum, mata mereka merenung jauh kedalam mata masing-masing. Lalu mereka berdua ketawa kecil. Suasana ketika itu sungguh romantik sekali, music background ketika itu adalah lagu My Happy Ending daripada Avril Lavigne. Mama turut menangis terharu melihat keromantikan cerita ini. Lalu rakan2 Tommy dari bilik sebelah datang membelasah Tommy kerana mereka telah lama menunggu Tommy untuk kembali tekan ‘resume’ game dota mereka. Di tengah-tengah belasahan orang ramai Tommy masih mampu mengukir kata.

Tommy : I believe we’re friends now Veve?

Veve : Of course we are, haha but that’s not all we’ll ever be, haha…

The End ~~~~~

Hehe, best tak ending crita aku.. huhu tak best pun nak buat camne, dah takde idea kot. Nak buat lawak pun dah takde modal. Hehe, tapi apa yang aku fokus harinie adalah moral kepada cerita nie.. hihi, korang bacalah gak part moral nie, jangan baca cerita jer… Sekian, wassalam!!!

  • Jangan bergaduh ngan kengkawan kerana pompuan – Aku rasa mesti semua kaum lelaki setuju ngan point pertama nie, tak setuju gay la tue.. huhu, jangan marah cam Tommy, x senonoh, cam orang gay. Tak rasa bodoh ker bergaduh sebab pompuan? Tak rasa korang bagik kredit kat pompuan tue lebih sangat? Macamlaa dia tue lawa sangat.. huhu, kalo nampak dia layan byk laki tue, cariklaa yg laen ke aper ker, tak kisah. Tapi pada pandangan aku, jaga friendship lebih penting daripada jaga girlfriendship. Cinta korang ngan kawan tue betul2 ikhlas, korang tunjuk diri korang yang sebenar depan kawan korang, kadang2 kawan korang lebih kenal korang daripada korang sendiri.. Huhu, girlfriend korang hanya melihat korang ketika korang jadik malaikat masa dating, dan dia pun masa tue belum tentu diri dia sendiri… hihi, Tapi kawan pun pandai2 rr bagik line kat member korang yang tgh bergilfriending tue, hihi MOU k?
  • Geek geek jugak, – Huhu nie aku rasa ramai orang protes, tapi aku x rasa salah korang selalu dok depan pc sampai pagi, daripada korang dok dating kat hall hostel sampai pagi, mana satu lagik baik? Hehe, kalo korang pandai guna IT, bleh gak jadikan sebagai hobi nak isi masa korang, nak carik info lebih, nak jaga korang dari buang benda lain yang sia2.. Atleast aku main game byk masa kecik dulu, aku bleh A Bi SPM tau x? Bukan nak bangga, tapi aku rasa main game nie telah banyak membantu aku dalam belajar istilah2 BI yang tak mungkin aku tahu dengan peringkat umur aku masa tue. Huhu, masa korang darjah tiga, korang tau tak maksud perkataan ‘rendezvous’, aku tak tahu korang tahu ker tak, tapi aku tahu. Manfaatkan kebolehan korang kearah the greater good.
  • Tapi jangan geek sangat – Kalo dok depan pc sampai x kluar bilik tue salah gak. Sebab korang kene bersosial gak dan pandai menjaga balance hidup korang. Buat aper main WE hebat2 kalo sepak bola kat padang takleh? Memanglaa ngan internet, dunia berada di hujung jari. Tapi, macam yang aku pernah cakap dulu, dunia bukan sekadar di hujung jari. Bukak mata, get out there, the truth is out there… rasa cam nak saman jerr moto TMnet, hehe dahlaa streamyx slow. Blah rr!! Cewah emo plak, “It is He Who has made the earth submissive to you, therefore traverse through its tracks and eats of His provision. And to Him is the rising up” (15:67)
  • Are you in love? – Ntah, tatau.. tapi bagi peringkat umur aku yang baru first year, aku rasa bukan masanya lagi untuk bercinta2 nie, huhu x matured lagi, banyak game lagi aku tak main, Starcraft 2, Halo 3. Huhu, tapi careful bila korang memilih nak bercinta. Aku tak kata tak betul, cuma salah. Huhu, yang salah tue bermain cinta a.k.a cinta monyet/beruk/cimpanzee/gorilla, huhu kalo rasa cinta korang tue tulus, go on then. Lemme define cinta monyet, berdasarkan buku ‘Aku terima Nikahnya’ karangan SaifulIslam, cinta monyet itu adalah kekeliruan perasaan yang timbul ketika korang boring, perasaan yang berkeinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi.. Huhu, so kalo korang rasa nak cuba2 bercouple tue, cuba cek masa tue, rasa boring tak? Kalo yer, maksudnye korang kene bizikan diri korang dengan benda lain, supaya korang x boring. Kalo nak kenal cinta gorilla, ianya bermula ngan perasaan jemu, dan akan berakhir juga dengan perasaan boring. Huhu, cam hipotesis kimia…
  • Hargai pasangan korang – Point nie universal, samada kepada yang berkahwin, bercouple, ataupun ‘best friend ngan manusia lain spesis’, mahupun kepada mereka yang mencari jodoh. Iaitu, semasa korang menjaga hubungan, janganlah mengidamkan sangat kesempurnaan dari pasangan korang, lambat laun apa yang korang akan nampak hanya kekurangan dia, tapi redhalah dengan kekurangan yang dia ada, lambat laun apa yang korang akan nampak adalan kesempurnaan yang dia ada. Huhu, kelebihan disyukuri dan kekurangan diredhai. Sori, sebab sekali lagi aku curik quote dari buku ‘Aku terima Nikahnya’ hehehe, tapi that’s the point. Jangan cepat nak cerai, nak clash, nak marah, sebab korang kena imagine betapa bertuahnye korang ader seseorang yang devote diri untuk korang, daripada orang lain yang tak pernah merasai benda yang serupa. Hargai pasangan korang..
  • Lawan nafsumu.. – Aku tatau point nie seswai tak, juga diambil dari buku yang sama. Huhu, kalu dulu aku nie jenis yang pro-kahwin awal, skang nie buku nie dah bukak mata aku. Hehe, kata penulis ‘jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu, Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak-peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak?’ Hehe, nie seswai untuk mereka yang nak kawin dengan reason takut terjebak ngan zina, huhu jangan hina perkahwinan sekadar sebagai sesuatu yang menghalalkan persetubuhan, tapi lihatlah ia sebagai suatu tanggungjawab yang merangkumi separuh agama..
  • Jaga diri korang di oversea – Belajar kat oversea ternyata lebih mencabar, huhu mak ayah tatau korang buat ape, ustaz takde, cikgu Russia x give a damn pasal korang. Kat sinilah bermulanya ujian ketahanan korang sebagai manusia yang dulunya baik. Huhu, ader yang baik, tapi datang oversea minum arak, masuk kelab malam, start dating, dan lain-lain lagi. Tapi ader gak yang datang tue, belajar masak, belajar jadik imam solat untuk kawan2, belajar jaga diri, mula hargai rindu kat parents… dan sebagainya. Aku tanak cakap banyak, sebab korang semua leh pikir sendiri.. tapi kalo nampak aku jadik semakin rosak akhlak ker apakerr.. even melalui blog nie, silakan nasihat aku..

Mid Year

Mid year nnti..dengar2 la...
start pkul 10 till 11..
sejam je..
lepas tu..
xm tu kat tingkat 6...
nk naik tngga msti penat..
da la skunk musim panas..
summer coming kn..
so....
berebut lif la ye..
gud luck

Part 3

Suatu malam yang purnama, bulan memelita malam yang gelita, angin pula bersiul-siul mengurut belikat hostel Pushkin yang berdiri lenguh di angkasa gelap. Pada malam itu, hanya salakan anjing yang berirama, nyanyian cengkerik yang melunak, dan kercipan cicak yang membingkis kesunyian. Biarpun gelita, namun terpelita di hostel Pushkin tingkat 14 dengan riuh-rendah dan bising-miring para penduduk Malaysia, tidak lain dan tidak bukan oleh kerana sambutan yang sulung kali dibuat, iaitu majlis Student-Mas. Hall 14th floor dibanjiri oleh ramai rakyat Malaysia yang suka meniru dalam exam, tidak kira dari Sabah mahupun Johor, Cina mahupun kacukan India ngan Siam, hemsem mahupun tidak, semuanya meniru, dan semuanya datang untuk memeriahkan lagi majlis. Bak kata pepatah, “bersatu teguh bercerai roboh” dan juga bagai “lalat dengan najis“.

Tommy sejak seminggu yang lalu tertunggu2 akan majlis ini, makannya tidak pernah kenyang, tidurnya tidak pernah nyenyak, dan juga buang airnya tidak pernah lawas dan dipam! Apa yang menyebabkan Tommy excited bukanlah kerana perhimpunan kawan2 Malaysia dari seluruh pelusuk Moscow, tapi kerana pengerusi majlis pada hari itu adalah Veve, gadis misteri ikan salmon, dan jugak Zack, kawan Tommy. Tommy mengenakan kemeja kelabu, dan jeans skinny hitam, zip seluarnya masih terlupa ditarik tutup. Zack pula tidak kalah smartnya dengan t-shirt long sleeve biru berceloreng pink, dan jugak sluar slack blue-black. Mereka berdua sembahyang Maghrib berjemaah dan terus bergegas ke 14th floor untuk menjadi mereka yang terawal ke majlis.

Setibanya mereka di 14th hall, kelihatan sudah ramai orang membanjiri majlis tersebut. Di lautan orang itu, pandangan mata Tommy lurus melalui celah2 ketiak dan juga rambut para hadirin mendarat keatas satu figura yang cukup cantik sekali. Veve… sangat indah dan menawan sekali pada malam itu, berdirinya beliau yang comel di tengah2 orang ramai ibarat ‘permata ditengah2 pasir‘, ‘lauk ditengah2 char-kuey teow goreng‘ dan juga ‘udang di sebalik mee maggi perisa itik dan cendawan‘. Kali ini, Veve mengenakan kemeja berbelang2 warne oren udang galah, berkasut berwarne merah sesungut udang galah, dan berseluar jeans berwarne putih telur udang galah yang berlendir busuk. Kombinasi warna yang disusun oleh gaya pemakaian Veve sekaligus menjerat Tommy jatuh ke dalam lembah ‘gila bayang’ yang tidak mungkin dapat didaki naik kembali.

Veve dan Tommy mula mengambil majlis, satu demi satu agenda berjalan dengan begitu lancar sekali, Veve begitu kondifen dan yakin bercakap serta berjenaka, manakala Tommy yang memang naturenye agak kurang selesa dengan perempuan kelihatan gelabah dan sering tergagap2 dalam menyampaikan kata2. Mereka berdua kelihatan begitu secocok bagai ‘telur rebus dibelah dua‘ dan juga bagai ‘hotdog dipotong menegak” dan juga bagai ‘fish fillet dicincang lumat‘! Semua para audience tersengih melihat gelagat dua orang tersebut. Walaupun rasa iri hati turut terhinggap di dada Tommy, namun beliau masih lagi tersenyum kerana selepas ini, beliau bukan sahaja akan makan mee goreng 3 pinggan, malah beliau juga akan turut mengambil langkah pertama untuk memenangi hati serta buah pinggang Veve.

Majlis diselangi dengan sesi makan makanan free sampai kenyang menyandar, para hadirin sekalian bersungguh2 berebut2 untuk mendapatkan mee goreng dan char-kuey-teow. Namun Tommy pula hanya tenang berdiri, makanan tidak penting bagi beliau, hati beliau kini hangus dijilat api ‘cinta’ yang membara, perasaan beliau kini larut didalam air ‘keinginan’ yang sedang bergelora, pokok minda beliau pula ditumbuhi lumut2 ‘kasih’ yang menjalar, manakan dapat nafsu makan membelok pedang perasaan sebegini? Jadi Tommy minum dulu, lepastue baru beliau makan, beliau makan secara ganas dan bengis.

Setelah selesai menibai 3 pinggan mee goreng dan 4 ketul ayam goreng, Tommy memulakan langkah. Beliau mengambil aiskrim di meja jamuan dan kemudian secara perlahan mendekati Veve, yang ketika itu sedang menyeludup ayam goreng jamuan ke dalam tupperware bersama rakan2 beliau. 3 langkah lagi kearah Veve, seorang rakan Veve, iaitu juga rakan sekelas Tommy bernama ‘Alfie’ datang menyakat Tommy. Beliau berdiri di depan Tommy, dan tersenyum. Terdapat tulang ikan dan juga cili di gigi beliau, lalu beliau memulakan jenaka beliau dengan Tommy.

Alfie : Hold it right there, hmm.. apsal saudara mendekati kelompok jenayah kami?

Tommy : Takde, aa..a…aku datang nak bagi eskrim jer kat kawan ko, sibok r ko Fie,

Alfie : Oooo, bila mase plak ko jadi pizza guy nie, hehe (memandang kearah Veve)

Veve : (tersenyum)

Tommy : Errkk.. Veve, eskrim untuk awak. (dgn malu-malu)

Veve : Erm.. sape yang bagi nie.. (dgn malu-malu-malu)

Tommy : Takde, saya tengok awak x sentuh lagi eskrim nie, sibuk tapau makanan, so saye ‘chop’ satu untuk awak..

Veve : Ooo, awak nak bagi eskrim la nie.. (dgn malu-malu-malu-malu)

Tommy : well.. erm.. so it seems.. (dgn malu-malu-malu-malu-malu)

Alfie : OK2, udah2 latu pizza guy, okeh Veve bayar cepat..

Veve : Tenkiu! (mengenyit mata sebelah kiri)

Tommy : Its an honor (mengecilkan lubang hidung sebelah kiri)

Sungguh romantik, seluruh hall tingkat 14 bls terpegun dan pandangan mereka tertumpu kearah dua ekor love-bird tadi. Mereka semua telah menyaksikan satu pembuktian cinta yang begitu romantik dan cengkerik, satu pengakuan yang cukup berani dan nasi beriani, satu lamaran yang cukup ikhlas dan air 100 plus. Semua para hadirin tersenyum dan buat2 kecoh balik seolah2 tiada apa yang berlaku di tengah hall tadi. Namun di penjuru barat-daya hall tersebut, terdapat satu mamalia yang tidak suka dengan keadaan sebegitu rupa, hati beliau berbeza dengan penghuni2 majlis tersebut.

Beliau semestinya adalah Q. Gadis laptop rosak. Semasa love-scene tadi berlaku, beliau turut memerhati dengan menggunakan teknik ‘berpura2 makan sambil berbual tapi sebenarnye menjeling kearah tengah dewan secara rahsia dan bergaya’. Dengan teknik tersebut, beliau turut menjadi saksi bagi kemalangan tadi, kemalangan bagi pihak beliau. Paru2 beliau mengeluh nafas iri hati sebagaimana bunyi ekzos motor suzuki, dahi beliau berkerut bagai permukaan kulit potato yang disimpan sebulan dalam almari, gaya bibir beliau pula membengkok bagai cacing pita yang krem tulang belakang lepas main polis-sentri, kening beliau mula tajam menurun ke tengah hidung bagai Son Goku yang sedang mengerang ketika menjadi super saiya peringkat ke-4.

Majlis diteruskan lagi setelah semua hadirin menyandar, Veve dan Tommy mengambil semula majlis dan membawa perjalanan majlis tersebut secara selamat dan lancar. Jam menuding jari ke arah nombor 11. Majlis hampir tamat, Veve menggulung majlis tersebut dengan sebuah syair bertajuk ‘tupperware jenayah’, disusuli dengan syair Tommy yang bertajuk ‘hostel jahanam’. Selesai lirikan terakhir Tommy, lampu seluruh hall ditutup dan semua hadirin bertepuk tangan dengan gemuruh.

Bulan berdiri tegak di langit, sebelum bersurai, Tommy terlihat Veve yang sebelum beredar, berbisik2 dengan Zack sambil memandang ke arah Tommy. Tommy tersenyum dan mula mengacau2 Zack. Zack juga turut tersenyum. Kemudian mereka berdua pulang bersama2 ketingkat tujuh.

Malam itu, secara kebetulan roomate Tommy dah tertidur di bilik lain, dan Zack pula ingin menyampaikan message rahsia kepada Tommy yang dibisikkan oleh Veve tadi, jadi Tommy mengajak untuk tidur di biliknya supaya mereka dapat jiwang bersama2. Pukul 12, selesai solat Isyak berjemaah, mereka terus membaluti diri dengan selimut. Zack berpeluh, dan bersedia untuk menyampaikan message tersebut.

Zack : Tommy, ko dah redi ker? Aku nervous rrr..

Tommy : Ko plak nervous, aku lagilaa nervous, tapi happy pun ader gak, cepat rr bagitau..

Zack : hehe..

Tommy : Hihihihihihhihihihi ( tengah menendang2 dalam selimut, perasan sorang2 )

Zack : Veve surah aku bagitau tadi, hihihi..

Tommy : Dia suruh bagitau ape, hihihihihihihihihi ( suara dalam selimut )

Zack : Dia suruh aku bagitau kau yang kteorang dah jadi couple!!

Tommy : ……………………… what?

What the? Holy cr.. What happen? Mengapa Zack berkata sedemikian? Apakah itu benar, atau adakah itu sekadar April Fool Zack yang dimainkan ke atas Tommy? Benarkah Zack dan Veve dah lama bercouple? Apakah? Bagaimanakah? Betulkah? Tidak mungkin? Tidaaakkkkk!!!

bersambung…

Wednesday, February 17, 2010

update v1.4b

ni information yg dapat dr senior2... jgn ikot sgt k.. just utk pgetahuan..

*abdoman mgkn x bnyk kuar utk midsem.. besenye die bnyk tanye mase kat final nt
*utk mid sem ni, kalo anat tu, banyak bace buku summary then buat latihan yg ad kat blkg tu. bentuk soalan die lebih kurg cmtu je..

mase itu ibarat pedang, jika kita x memotongye, ia akan memotong kita..

Sunday, February 14, 2010

Part 2


    Pada suatu petang yang hening beratapkan cahaya mentari yang benderang, berbelaikan tiupan angin sempoi-sempoi bahasa timurleste, dan bermandikan gerimis salju manja di hujung umur winter.. Moscow diluar tingkap bilik Tommy bagaikan syurga yang tergelincir di bumi hina, umpama bidadari yang tersalah masuk kelab malam dan juga ibarat permata yang jatuh kedalam jamban yang terlupa di pam. Sangat indah sekali, tiada tandingannya. Tommy menutupkan mata, menghirup udara segar sedalam-dalamnya, sehinggakan ruang2 sinus peparu beliau dipenuhi dengan udara. Kepala Tommy terdongak, matanya tajam tertumpu ke atas petala langit yang dipenuhi dengan merpati2 putih yang bebas bermain polis sentry di udara luas tidak bertebing..

    “Alangkah baiknya, kalau aku seperti burung tersebut.. Bebas, berani, dan tidak terkurung di dalam sangkar sebagaimana aku sekarang… Merpati putih, aku mengkagumi dan cemburu terhadap kamu…” Plepek!! Tiba-tiba, burung merpati tadi berak tepat ke atas dahi Tommy! Tommy tension, mengeluh kerana jiwang beliau dipotong stim oleh burung yang dianggap innocent tadi.. Tiba2, cakdebok! Angin bertiup kencang lalu tingkap tertutup dan menempeleng kepala Tommy sehingga beliau jatuh terpelanting 2 meter dari tempat kejadian. Tommy sakit terbaring, pening2 lalat, dalam kabur pandangan beliau, terlukis bayangan seorang lelaki yang memandang kebawah sambil tersenyum melihat beliau. Lubang hidung lelaki tersebut besar jika dilihat dari bawah, lelaki tersebut bernama Jack, seorang rakan sekelas Tommy.

    Jack menghulurkan tangan, menolong Tommy bangun. Tommy duduk di atas katil, ditemani Jack yang duduk gaya tahiyat akhir ditepi beliau. Walaupun senyuman terukir di wajah Jack, namun Tommy tahu yang terpahat di hati Jack bukanlah seindah yang dilihat di muka Jack. Tommy tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Jack, mungkin dia cirit-birit, mungkin juga girlfren dia yang cirit-birit. Lalu Tommy membuka kata…

    Tommy : Kenapa pelik kau nie Jack? Hard disk kau dah penuh ke?

    Jack : Eish, takdelaa, aku camnie sebab aku demam sket…

    Tommy : Oooo, aku ingatkan antivirus kau dah expired tadi… demam jer rupenye..

    Jack : Demam tue memanglaa cikai jer, tapi petang nie aku nak main bola…

    Tommy : alaa… demam jer pun, ko tukar laa difficulty jadik amateur..

    Jack : Bukan main game laa, match futsal yang betul2.. aku kan striker.. Si Zint tue plak demam gak.. takder orang yang nak ganti tempat aku jadik striker nih.. aku pun tatau camner nak selesai nie.. problem tul..

    Tommy : Eish, ko dah try search kat Google ker?

    Jack : ………, Oklaa, aku straight to the point. Sebenarnye, aku nak ajak ko g main bola skali ngan team kite.. Aku tgk ko, asyik dok depan pc jerr.. Kalo x depan pc, ko duduk tepi dia, kalo x duduk, ko berdiri plak.. Takkanlaa ko nak life ko camtue jer? Keluarlaa sket, tengok bumi sket.. Alaaa.. ko jangan takut tak pandai main, dalam dunia nie, takder orang yang dijadikan x seswai untuk main bola.. kecuali orang cacat ngan Elephantiasis.. Got it? Jom rr main bola Tommy..

    Setelah mendengar keluhan nasihat berhemah, mesra, cepat dan betul Jack, Tommy tiba-tiba tersentuh hati dan jugak limpanya.. Tommy insaf nasuha, dan di fikirannya berpusing benang monolog “Tommy, kau dah banyak main game, ko tengok hero2 game yang ko main, Tidus, Solid Snake, Samanosuke, Ratchet, semua dah berjaya ngan mission diorang… Bila pula giliran engkau untuk mencapai kemuncak kejayaan dan duduk bersama hero2 tersebut?” Bibir Tommy mula melebar membentuk senyuman, beliau memandang ke arah Jack, dan terus berjabat tangan dengan Jack.. Jack tersenyum juga, terdapat cili kering yang terlekat di gigi beliau. Lalu dua orang sahabat sejati itu bersolat Asar berjemaah dan bersiap sedia untuk ke dewan Futsal yang terletak di sebelah bangunan yang bersebelahan dengan dewan tersebut.

    Di dalam bas, team Jack yang diberi nama ‘Merco-Aibo” mula menerangkan strategi2 perlawanan kepada Tommy. Pelbagai teknik diajar seperti teknik one-two, teknik tali kasut berbisa, teknik tapak kasut mencium bibir, teknik bola pancit, dan teknik mengalih tiang gol. Disebabkan Tommy merupakan pemain Winning Eleven dan FIFA 2009 yang expert, segala formation, body language, dan jugak dribble style yang diajar oleh kawan2 dapat dikutip Tommy dengan efektif sekali, umpama kanak2 mengutip gula2 dalam pertandingan berebut gula2 hari keluarga tajaan JKR.

    Setibanya Merco-Aibo di dewan futsal, Tommy dapat melihat ramai kakak2 senior yang jauh lebih lawa daripada Q, manakala abang2 senior pula, tidak sehensem yang disangka Tommy. Beliau tersenyum kesorangan, mula merasakan keuntungan yang mula melimpah membasahi badannye yang penuh malang itu. Tommy x main, beliau hanya duduk di kerusi substitute, namun pabila rakan2 beliau mula masuk padang dengan gaya slow-mo, Tommy tahu tugas beliau sebagai penyokong dan juga pemain simpanan yang perlu memberi belaian motivasi kepada rakan2, beliau terus melaungkan dengan begitu bersemangat “Guyss!!!! I nak pergi tandas jap, you jaga wallet I k?” Lalu Tommy ke tandas kerana beliau telah lama menahan sakit perut.

    Tommy kembali dari tandas, pertarungan antara Merco-Aibo dan Serius sudah pun sengit, kedudukan seri 1 sama, kedua2 pasukan kelihatan setara, bola tidak pernah statik di lantai, zip seluar Tommy terbukak lagi, penonton2 pula cemas memerhatikan perlawanan, abang penjual hotdog pula tidak khusyuk menjual, begitu juga dengan penjual sirap. Masa masih tinggal lagi 1 minit sebelum perlawanan tamat.. rakan2 Tommy kesemuanya keletihan, mereka mengintai2 kerusi substitute, dan Tommy sedar bahawa kemenangan hanyalah akan berlaku dengan kehadiran beliau. Tanpa membuang masa lagi, kusutan tali kasut Tommy dilerai dan disimpul ketat! Kedutan stokin Tommy ditarik lampai ke paras betis! longlai dakapan shin-guard Tommy dicangkuk erat pada kakinya! Tommy bersedia! Peluh yang mengalir tenang di denai pipinya disapu dengan kondifen! Rambut yang menari2 di pentas dahinya dihalakan menawan kearah belakang kepala! Langkah kanan Tommy mula terangkat!!

    Pritt!! masa tamat. Seri 1-1. … Tommy terdiam. Rakan2 Tommy lega dan datang memeluk beliau atas kejayaan mereka untuk bertahan menentang Serius, team 4th year yang sangat digeruni kerana pemainnya yang bukan saja hebat, malah hodoh. Akhirnya, berkat kehadiran Tommy yang datang menyokong, segala musabab kemenangan Merco-Aibo dijatuhkan tuduhan ke atas Tommy. Tommy berasa bangga, pertama kali dalam hidupnya beliau rasa begitu dihargai. Kawan2 Tommy mengelilingi beliau, lalu mengangkat beliau dan membaling2 beliau di udara. Seluruh warga dewan bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada Tommy. Tommy ketawa terbahak2 dan terpercik2 air liurnya. Dari jauh sudut dewan, kelihatan seorang wanita, yang memandang Tommy dengan penuh kagum, wanita tersebut turut tersenyum melihat Tommy begitu gembira pada hari itu.

    Di stesen bas, menunggu bas untuk balik ke hostel, Tommy dan rakan2 mengumpat mesra tentang lecturer2 anatomy masing2. Tiba-tiba datang seorang perempuan memakai trench coat merah darah ikan salmon, berkasut hitam mata ikan salmon, dan berseluar jeans biru tahi ikan salmon menegur Tommy.“Tommy…” Tommy berpaling ke belakang, rakan2 Tommy pula yang mempunyai kebolehan memahami tanpa bercakap menjauhi Tommy dan perempuan tersebut,

    Gadis Misteri Ikan Salmon : Hi Tommy, awak main bola jugak ke tadi?

    Tommy : Erk..takdelah, saya datang tengok diorang main jer.. hehe..

    Gadis Misteri Ikan Salmon : Ooo..

    Tommy : Awak buat aper Veve kat sini? Awak main futsal jugak ker? hehe..

    Veve? Siapakah Veve? Adakah lecturer anat Tommy? Adakah adik kepada Q? Atau adakah seorang pemain dota hard-core? Huhu, so begitulah kehidupan Tommy yang agak hampeh.. namun adakah kita bakal melihat happy ending di ending cerita ini nanti? Atau adakah kebahagiaan memang bukan milik Tommy?

    Moral :

    • Kepada Geek sekalian, Get out there, cari rezeki Allah ( bukan pompuan yer ).. sedarlah bahawa dunia bukan di hujung jari.. banyak lagi benda yang korang patut tahu selain aper yang ada dalam pc korang.
    • Kawan sejati adalah kawan yang mengajak korang ke arah kebaikan, kawan yang menerima korang walaupun korang tue geek/nerd/playboy…
    • Jodoh di tangan tuhan, HAHA!!

Part 1

Pada suatu zaman sekarang, tinggallah seorang geek yang tak berapa hemsem dalam asrama yang terpencil di tengah bandar Moscow. Kepala beliau dihiasi dengan sepasang mata berwarne kuning, bibirnya merah menyala, dan rambutnya jatuh lembut menggelongsor ke arah kiri kepala beliau dan ketinggian beliau lebih kurang sama dengan ketinggian average budak2 pompuan zaman sekarang. Pendek kata, beliau pendek. Nama beliau adalah Yusof tapi orang2 kampung beliau lebih gemar memanggil beliau dengan nama ‘Tommy’. Cakap jer pasal komputer, nama ‘Tommy’ akan menjadi buah mulut para penduduk kampung Moscow. Hal ini demikian kerana, beliau memang master pasal komputer, cakap jer pasal mouse, beliau mampu bercakap tanpa henti mengenai hal tersebut dengan begitu baik sekali.

When I sleep, my computer boots

Tommy ngan komputer beliau

Pada suatu hari, Tommy tengah jiwang sambil sembelit dalam tandas. Di benak fikiran Tommy, singgah persoalan yang agak mengkonfiuskan, “Tommy, sampai bila kau nak hidup dengan komputer? Ko dahlaa takde girlfren, tak penah kuar bilik, tak pandai sukan, ko nak jadik aper besar esok?” Tommy menutup muka beliau, kerana beliau kesal dengan nasib dirinya dan juga kerana bau busuk dari bawah semakin hangat. Sedang Tommy lega, tiba2 kedengaran bunyi ketukan pintu bertalu2.. Tommy dengan segera keluar tandas dengan bergaya, lalu masuk balik tandas untuk pam, dan keluar semula untuk menyambut tetamu misteri tersebut. Pintu dibuka secara slow-motion. Kriekkk~~ Bunyi pintu dibuka, jantung Tommy berdebar2, bulu roma beliau berdiri tegak, keringat mula membasahi pipi beliau yang berjerawat batu, lutut beliau berketar2, beliau rasa sakit perut dan ingin kembali buang air, tiba-tiba!!

Rupanya, pintu bilik lain yang diketuk.. Tommy mengeluh kehampehan. Pastue Tommy tutup pintu tersebut dengan skuat2nye kerana tension.. Blepek! Bunyi pintu itu tertutup tidak cukup sedap bagi Tommy, lalu Tommy membuka kembali pintu dan muncullah di hadapan Tommy dua orang gadis jelita yang Tommy cukup kenal dan Tommy cukup segan. Sorang gadis bernama ‘Q’ dan sorang lagi bernama ‘Lala’… Tommy tergugat iman, dirinya yang sebelum nie hanya pernah berdepan dengan karekter anime terpaksa berdialog dengan dua orang gadis yang paling fames kat hostel beliau. Walaupun lidah beliau kelu, beliau memberanikan diri untuk diam. Lalu, Q memulakan conversation dengan kata alu-aluan,

Q : Tommy, bleh tolong tengokkan Laptop saya x?

Tommy : Kekekekekkenapa? Laptop awk x sihat ker?

Q : A’ah, abis semua desktop saye licin, cam kene format, pastue xleh connect kat internet..

Tommy : Oooooo….

Lala : Hihihihihihi (ketawa kerana melihat kegagapan Tommy)

Kenapa Tommy gagap? Adakah kerana menahan kencing? Adakah kerana Lala mengetawakan beliau? Atau adakah kerana Tommy menyimpan sesuatu perasaan? Jawapanye, tidak lain dan tidak bukan kerana Tommy dah lama sebenarnye jatuh cinta ngan Farah, tapi skarang dia suka kat Q, secara diam2. Tommy x pernah meluahkan perasaannye terhadap Q, hanya mengstalking dari Frenster sahaja, tuepun dah ketar lutut. Beliau sedar, dirinye yang geek, hodoh lagi pasif.. sape yang suka kat beliau? Q pula seorang yang bijak, solehah, sopan, cantik, dan sebagainya. Boleh dikatakan hanya sifat positif yang sepadan untuk disematkan di diri Q. Mereka berdua insan berbeza, dari dunia berbeza…

Tommy menjemput Q masuk, untuk bedah siasat laptop Q. Lala masuk juga tanpa malu. Walaupun terpinga2 dan gementar, Tommy cuba menunjukkan kehebatannye pabila berinteraksi dengan spesies paling dekat dengan dirinye, komputer. Jari Tommy menari di atas papan kekunci begitu mantap sekali bagaikan Nicole David menari zapin untuk warming up sebelum main squash! Q pula kagum sambil mulutnya terlopong membentuk huruf O yang sangat besar sehingga mampu disuapkan 2 hotdog sekaligus! Lala pula tersenyum, tersengih kerana dia berjaya berkentut tanpa disedari oleh Q dan Tommy. Eh2, tak2, Lala senyum sebab dia saje2 jer..

Tip-top2, Laptop Q siap dibaiki, connection dah ader, pastue system recovery di rewind kepada 3 hari lepas dan semua jadik ok. Tommy bangun dan lubang hidungnya besar sebelah, terpapar di raut wajahnye kebanggaan yang tidak terkata. Mulut berbentuk huruf O Q berjaya ditutup dengan dua ekor nyamuk terperangkap di dalam. Lala pula mengeluh, entah mengapa, adakah tanda jeles atau lega atas sembuhnye laptop Q. Lalu, Tommy meminta untuk log in YM kat laptop Q, dengan alasan ingin tahu bahawa connection Laptop Q dah ok ke tak. YM didouble klik, sign in pun automatic… lalu kelihatan offline2 msg untuk Q, yang bertulis seperti berikut…

  • Mak : Q, afk ke x on9 nie? Lol, takde paper, mak just nak cakap mak dah beli kereta baru, lmao, jangan jeles..
  • Rohana :
  • Rohana :
  • Farhan : Q, apsal x online lama? I rindu laa kat u… online cepat sket, pastue dun forget to contact me..

Farhan? Siapa tue? Hati Tommy jatuh berderai sebagaimana jatuhnye periuk rice cooker berisi beras yang x masak lagi.. Walaupun dari dalamnye, hati Tommy bagai diremuk2, tapi senyuman Tommy mencerminkan ketenangan pada pandangan Q. Suasana sunyi seketika, hanya nyanyian cengkerik yang mengisi ruang suara bilik tersebut pada ketika itu. Lalu Lala, dengan MOUnye meninggalkan bilik tersebut untuk memberi peluang kepada 2 orang yang malu2 meow tersebut memulakan love talk mereka.

Tommy berdiri dengan macho, zip sluar beliau terbukak, lalu beliau terus keluar dari bilik tersebut dengan tenang… Kepala beliau berpusing 180 darjah kebelakang, lalu lidah beliau mengukir kata..

Tommy : Dah okey latue kot, saya nak pergi dapur jap, kesian kat roomate saya masak sorang2..

Q : Wei, kau nak pergi…

Tommy meneruskan langkah beliau di koridor, membelakangi Q, dan mendepani perempuan2 yang terkejut kerana zip sluar Tommy masih lagi tidak ditutup.. Q pun melaungkan azan, eh2.. bukan2, Q pun melaungkan kata..

Q : Thanks Tommy…

Tommy hanya menunduk.. dalam hatinya, berhenti keretapi fikiran yang membawa penumpang kata kepada diri beliau.. “dah la tue Tommy, bukannye best sangat pun dapat Q tue, terima jerlah bahawa dia dah ader boyfren… ko teruskan jerr hidup ngan komputer ko tue..” Tommy terus ke dapur untuk membantu rakannya yang sedang memasak..

Narrator : best tak cerita nie? Huhu, warning, crite ni ada la copy paste semata-mata

Muvee Bru kt Pawagam!

Thursday, February 11, 2010

update for physio.. v1.4

senior kate, kalo kuar psl fill in the blanks ni... soalan die, akan kuar sebijik2 cm dlm buku... so... bnyk2 laa bace buku korg tu..

mase maseh bnyk... jgn buang mase andaa....

study2 jgk... solat dan doa jgn lupe.. doakn ak jgk.. :)

Tuesday, February 9, 2010

kelas arab!!

PROGRAM BAHASA ARAB
(Ikhwah sahaja)

Oleh: Syeikh Mahmoud Fawzy Tantawi
Tempat: Rumah Syeikh Mahmoud (Kafr Assam)
Tarikh: Bermula 1 Mac 2010 (Sabtu-Isnin-Rabu)
Masa: 3.30pm (2 jam)
Yuran: LE150/bulan

1. Belajar perkataan-perkataan penting yang digunakan setiap hari
2. Kaedah asas tatabahasa Bahasa Arab
3. Latihan pemantapan kaedah Bahasa Arab
4. Kerja rumah tambahan (latihan di rumah)
5. Kaedah Bahasa Arab berdasarkan contoh penggunaan dalam Al-Quran & Hadis
6. Penerangan dalam Bahasa Arab & Bahasa Inggeris

satuara: v Pengenalan Ringkas tentang Syeikh Mahmoud

- Pelajar tahun 3 Kuliah Usuluddin, Universiti Azhar cawangan Tanta
- Imam Masjid, Imam Solat Terawih & Khatib Jumaat
- Qari TV
- Berpengalaman mengajar Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar Malaysia (di Tanta & Alex)
- Dikenali ramai dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Tanta

Wednesday, February 3, 2010

Anat version 1.3

haha... 1st of all.. version nie cam dota r... sbb byk ngant men dota.. jd terpengaruh skit2 r ngna dota nie... version nie kre lagi up no  die.. lagi leh pcayer n lagi power n lagi blablabla r... jd kte tgk skop br lak... kalo sme ak x taw r dgn yg ak penah post sblom nie.. kalo len pon, ak pon x taw... korang tgk sndri r...

embryo... def capacitition
 2nd oocyte chromsome
 notochord
 1ry oocyte chrmsome
 def gastrulation
  cleavage-series mitotic div
  uterine cycle
  normal implantation
  abnormal implantation
  def implntatin
  THORAX
 blood supply to e lung
 bronchial artery..
 trachea
 typical intrcostal nerve
  mdiastinal root
  fusion of rt lung
  count the contain of root
  pleura recess
 branch intrnal mammry artery
  coronary sinus branch
ABDOMEN.. covering-testis n scrotum
cntent of sprmatic cord
 origin external oblique ms
 : contain-inguinal canal n rectus sheath
 part stomach
  stomach bed
  peritoneum fold
 count post abd wall
post abd ms
 : lmbar plexus
 visceral srface of spleen
  portal hepatis
 contain liver n portal vein
  neck of pncreas
 sup n inf brnch celiac trunk

p/s plik gak ak... kalo btol kluar semua nde nie.. cam soklan bocor jek.. nk x nk jek kte nie.. ape ag... jom kte studyy.. untung2... ~~

iklan!!

teringat kampung halaman??
nak call,tapi bajet kredit??
jangan risau..
VOIP adalah penyelasaiannya..
anda berminat??
klik sini
untuk penerangan lebih lanjut
boleh hubungi ajen group D,
saudara Mukhlis Ali.
(+0147705690 or ym; conver_new )
harap maklum~

Tuesday, February 2, 2010

ok ke??

blog layout has been changed!!
just a simple one
theme;skull
kalo tak berkenan,sila komen
jangan kutuk belakang
weeeeee
to penduduk oman,
boleh x korang bukak page nih?
maklumlah,internet ''laju'' di situ.
kalo page berat.akan ku tukar sprti asal
zass~

s.u.n.y.i

Monday, February 1, 2010

scopee biochem.. v1.2 (update)

ni scope yg boleh korg dapati sendiri kat biochem department.. utk sp2 yg da salin scope lame yg di post oleh PROF.. boleh abaikn scope tu.. sbb scope tu mgkn bkn utk mid sem dan diragui kesahihannyee... wallahualamm.. berikot adelahh scope biochem..

general : 2-18
carbohydrate : page 19-53
lipid : 54-77
protein : 83-104
hemoglobin : 113-104

ap yg pntg biochem ni sumenyee kuar dlm buku part1 tu je.. mase masih pnjg.. so berushaa bersungguh2 kpd antum sume.. kalo ad update lg, akan di beritahu kelak..

Sam vocabular

written~
10 may- physiology
19 may- english
24 may- histology
07 june- anatomy
17 june- biochemistry

Tequilas Flamejantes

VOTE NI ATAS KEIKHLASAN HATI.. JGN IKOT ORG.. JGN MENIPU.. BAK KATE USTZ SALMAN, AP YG KTE NK X DPT, DOSE PN DPT..

Lorem Ipsum

credit to syame 4 the nice header!

Popular Posts

 
Powered by Blogger